Buku Terkini - Fascinating Mabul
Sila lawat di sini untuk previu : www.blurb.com/books/1264988
Suatu rentetan perjalanan kehidupan fana' menuju dunia abadi
Posted by Dashuki Mohd. at 9:54 PM 0 comments
Posted by Dashuki Mohd. at 9:19 PM 0 comments
Matahari pagi 1 Januari 2009 sudah memancarkan cahayanya di ufuk timur. Selangkah lagi masa berlalu dan setahun lagi berkurangnya umur ini, Aku termenung seketika melihat gelagat umat Malaysia menyambut kedatangan tahun baru 2009 dalam keadaan bersukaria.... sedangkan umat Islam Palestin dilanda bencana dan duka. Tidak ada perasaan simpatikah rakyat Malaysia ini kepada saudara-saudara Islam mereka di Palestin? Apakah sokongan kita kepada mereka hanya gimik sahaja? Atau hanya mencari sokongan politik ?
Aku buka blog Abdul Rahman .... tersentuh hatiku bila dia mencoretkan tentang kepayahan di Palestin. Kakaknya pula mengingatkan aku untuk menyumbang kepada Palestin. "Mercy nak datang.... abah derma la..." kata kakak.
Terlintas di hatiku... setelah 18 tahun aku & isteri mendidik mereka, akhirnya aku sudah melihat tarbiyyah itu membuahkan hasil. Anak-anak mula memahami kemelut ummah. Anak-anak mula menghayati perjuangan menegakkan agama Allah, dan mereka faham bahawa perjuangan itu tidak semestinya mengangkat senjata ke medan perang... tetapi berjuanglah mengikut kemampuan yang ada. Allah tidak tanya berapa banyak kita menyumbang, tetapi Allah lihat keikhlasan dan kesungguhan kita.
Aku harapkan inilah generasi baru Islam yang akan membela ummah ini di masa depan. Tidak kira apa profession mereka nanti... doktor, jurutera, akauntan, arkitek...... itu tak penting. Apa yang penting adalah mereka menjiwai perjuangan Islam. Mereka menjadi insan yang mampu membawa perubahan kepada ummah.
Mereka menterjemahkan misi untuk menjadi insan soleh wa musleh .......
Ya Allah ! Selamatkan saudara-saudara kami di Palestin
Ya Allah ! Berikanlah kemenangan kepada mujahidin di Palestin
Ya Allah ! Hancurkanlah musuh-musuh kami dan musuh-musuhmu
Amin Ya Rabbal A alamin...
Posted by Dashuki Mohd. at 9:50 PM 4 comments
Posted by Dashuki Mohd. at 10:23 PM 2 comments
Kami sekeluarga bertolak dari rumah seawal jam 5:30pm untuk mengelakkan dari terlewat memandangkan dia perlu ada di KLIA pada jam 8 malam. Kami singgah di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA untuk berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib. Memang sungguh seronok juga bila berbuka bersama-sama dengan keluarga di kawasan letak kereta masjid dengan hanya beralaskan tikar sahaja. Selesai solat maghrib, kami terus sahaja ke KLIA. Di sana kawan-kawan Aman dah ramai menunggu. Memang aku tak sangka mereka sanggup datang sejauh itu untuk sama-sama menghantar Aman . Ada yang datang naik ERL dan ada yang bawa kereta sendiri.
Sememangnya aku amat kenal sekali kawan-kawan Aman. Ukhuwwah mereka ibarat isi dan kuku. Dari mereka di Tingkatan 3 lagi aku mengikuti perkembangan dan persahabatan mereka sehinggalah mereka menduduki SPM pada tahun 2007. Aku juga menyertai program perkhemahan mereka di Perlis selepas peperiksaan SPM. Sememangnya, mereka ini begitu dekat di hati aku.... umpama anak-anak aku sendiri. Sebab itulah aku begitu terharu melihat mereka beramai-ramai datang menghantar Aman, walaupun jauh, berpuasa dan waktu malam pula. Yang lebih menyentuh perasaan aku ialah apabila melihat mereka berpeluk-berpelukan sambil mengucapkan selamat jalan. Inilah satu contoh persahabatan yang sukar untuk dibentuk dan dikekalkan. Semoga ukhuwwah yang mereka jalinkan ini akan berkekalan buat selamanya.... semuanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t
UKHUWWAH WILL NEVER DIE.......
Posted by Dashuki Mohd. at 5:32 PM 6 comments