Ku Takkan Berpaling
"Abah suka kan nasyid ni ?" Isteriku bertanya sambil menjeling ke arah ku. Aku berpaling padanya, sambil tersenyum dan mengangguk. Sepanjang perjalanan malam itu aku diam sahaja. Memang aku tersentuh dengan alunan nasyid itu, ditambah dengan muzik yang mendayu... menambahkan kesyahduannya. Setiap patah lirik nasyid itu aku hayati dengan sepenuh hati. Liriknya menyatakan penyerahan hamba kepada Tuhannya, mengakui segala dosa dan memohon keampunan kepadaNya. Aku mengenangkan perjalanan hidupku yang penuh dengan dosa. Dosa yang aku lakukan secara sedar atau tidak. Dosa yang aku lakukan berulang kali. Taubat ku seolah-olah tidak ada ertinya lagi. Aku malu pada Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat dan rahmatNya padaku dan keluargaku sedangkan aku masih lagi lalai dan lupa dari mematuhi perintahNya.
Memang alunan suara Akil Hayy cukup menggetarkan jiwa yang penuh dosa ini, hinggakan aku tidak mampu berbicara sepanjang perjalanan itu. Nasyid "Ku Takkan Berpaling" aku hayati hingga ke akhirnya...Ku takkan berpaling dari agamaMu
Segala fitrah, hadith dan sunnah
Ku pasrahkan dan bersujud
Hanya Kau yang satu
Tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah
Tuhan... berikanlah hidayahMu
Oh Tuhan... ku bersyukur atas rahmatMu
Oh Tuhan... limpahkan kurniaMu
Kuatkan lah imanku
Luaskan fikiranku
Lapangkan lah hatiku
Ampunilah dosaku Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Maha Tahu...
Hanya Kau yang satu
Tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah
Amin...Ya Rabbal Alamin
Aku menoleh ke arah isteriku yang hampir terlelap. Mungkin dia tidak nampak air mata bergenang di kelopak mataku...

1 comments:
ohh gitu ceritanya.....nasib baik x ambil gambar masuk flikr...he he he....
Post a Comment