Kakak sudah hampir dua minggu balik ke rumah neneknya di Sg. Choh, Rawang. Katanya dia tak senang duduk nak tunggu result SPM keluar. Lebih baik dia temankan nenek kat kampung, katanya. Aku pun tak menghalang. Sekurang-kurangnya hilang sikit kesunyian mak mertua aku kat kampung.
Isteri aku di rumah pula yang menggelabah bila result semakin hampir. "Abah rasa kakak dapat berapa ye?" Kebetulan aku baru saja baca ayat dari surah Al Mumtahanah, lalu aku bacakan kepadanya,
`Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali.`
Aku menjeling kepadanya sambil tersenyum. " Sekarang ni kita tak
boleh buat apa-apa, kecuali berdoa untuk kejayaan kakak. Apa yang dia dapat nanti, kita kena terima dengan redha", kataku. Isteriku hanya diam sahaja. Aku tahu dia agak risau kerana kami meletakkan harapan yang agak tinggi untuk kakak. Dia anak sulung dan sepanjang pengajiannya, dia memang seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Walaupun keputusan UPSR nya tidak seberapa, namun dia berjaya menebus kembali dalam PMR. Namun begitu SPM adalah sesuatu yang amat berbeza kerana ianya adalah satu persimpangan yang menentukan halatuju kakak di masa depan.
Memang aku tahu kakak mengharapkan untuk ambil bidang perubatan. Aku juga tahu kakak begitu inginkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negari. Dan aku juga tahu bidang perubatan bukan sesuatu yang senang. Nak diterima masuk pun bukan calang-calang syaratnya, apatah lagi nak ke luar negara. Kecualilah atas perbelanjaan sendiri yang aku memang tak mampu. Namun begitu, kami mengharapkan yang terbaik buat kakak agar ianya akan menjadi pemangkin kepada adik-adiknya untuk cemerlang.
Malam sebelum keputusan diumumkan isteri aku tak boleh tidur. Entah apa yang dia risaukan. Aku seperti biasa saja... jaga bila dah nak masuk subuh ! Pagi-pagi lagi isteri aku dah telefon sekolah. Kerani pejabat cakap result akan dipamirkan pukul 12:30 tengahari. Aduh.... lamanya. Isteri aku dah tak sabar. Pukul 10:00 dia dah ajak pergi sekolah. " Buat apa nak pergi awal sangat ni, bukannya dapat tengok pun", kataku. Tapi dia nak pergi juga.

Kami tiba di sekolah pukul 10:30 pagi. Tak nampak pun kelibat pelajar-pelajar lain. Hanya kami berempat beranak saja. Isteri aku terus masuk ke pejabat yang memang terbuka. Pengetua dan guru-guru sedang sibuk menyusun keputusan yang baru diterima. "Iman ok tak" tanya isteriku. Guru-guru senyum saja. "Sabarlah kak". "Iman ok" kata mereka. Kami mencari-cari nama kakak dan meneliti keputusannya satu persatu. Aku menoleh ke arah isteriku dan aku hulurkan tanganku untuk mengucapkan terima kasih pada pengetua. Aku dan isteri melangkah keluar menuju ke Musolla dan kami terus sujud syukur pada Allah di atas kurniaanNya.
Iman berjaya mendapat 11A dan 1B....
5 comments:
Alhamdullillah dan tahniah!
Terima kasih Pok Ku
tahniah, semoga iman akan mendapat biasiswa untuk ke luar negara dlm bidang medic.
salam ukhwah dari bumi Dublin, Ireland.. :)
school of tots: terima kasih
jhazkitaro: terima kasih kerana sudi melawat
Post a Comment