Semoga Berjaya Anakku
Tahun ini Abdul Rahman dan Abdul Rashid masing-masing akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. Memang tahun ini, aku dan isteri sibuk membantu mereka mempersiapkan diri untuk menempuh dua peperiksaan yang penting ini. Dari awal tahun lagi pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan melalui kelab kelas sekolah untuk membantu pelajar-pelajar, termasuklah ceramah motivasi, bengkel dan juga ulangkaji intensif. Hari Isnin 1 Oktober ini,
bermulalah PMR. Manakala SPM pula akan bermula pada 12 November. Semoga persiapan yang dilakukan sepanjang tahun ini akan dapat memberikan semangat dan keyakinan kepada mereka berdua untuk menempuh peperiksaan ini. Walaupun PMR tidak sepenting SPM, namun ianya menjadi kayu ukur tahap kemampuan pelajar untuk memilih arah mana yang hendak dituju apabila melangkah ke tingkatan empat. Segala usaha sudah dilakukan dan sekarang ini, hanya doa dan harapan kita panjatkan kepada Allah semoga usaha-usaha ini akan membuahkan kejayaan. Seharusnya kita perlu meyakini bahawa apa jua keputusan yang ditentukan oleh Allah nanti, itu adalah sebaik-baiknya buat kita. Jika kita berjaya, maka perbanyakkanlah kesyukuran kepada Nya. Jika sebaliknya, maka kita juga perlu bersyukur kerana Allah lebih mengetahui akan hikmahnya.
bermulalah PMR. Manakala SPM pula akan bermula pada 12 November. Semoga persiapan yang dilakukan sepanjang tahun ini akan dapat memberikan semangat dan keyakinan kepada mereka berdua untuk menempuh peperiksaan ini. Walaupun PMR tidak sepenting SPM, namun ianya menjadi kayu ukur tahap kemampuan pelajar untuk memilih arah mana yang hendak dituju apabila melangkah ke tingkatan empat. Segala usaha sudah dilakukan dan sekarang ini, hanya doa dan harapan kita panjatkan kepada Allah semoga usaha-usaha ini akan membuahkan kejayaan. Seharusnya kita perlu meyakini bahawa apa jua keputusan yang ditentukan oleh Allah nanti, itu adalah sebaik-baiknya buat kita. Jika kita berjaya, maka perbanyakkanlah kesyukuran kepada Nya. Jika sebaliknya, maka kita juga perlu bersyukur kerana Allah lebih mengetahui akan hikmahnya. Semoga kejayaan akan bersamamu anakku.....

2 comments:
Selamat berjaya adikku! I'm missing you guys!
Post a Comment