Bertemu Kembali
Selamat bertemu kembali. Sudah sekian lama aku tidak mengemaskinikan blog ini. Entah kenapa hilang kekuatan dan keinginan untuk menulis sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana beban kerja ataupun kerana tiada motivasi ke arah itu. Tahun 2008 sudah pun memasuki bulan ke tiga dengan begitu cepat sekali. Pelbagai peristiwa sudah pun berlaku yang mencorakkan warna-warna kehidupan di tahun ini. Tahun 2008 ini, kami telah kekurangan seorang ahli keluarga di rumah semenjak kakak melanjutkan pelajaran ke Mesir. Tahun ini, mungkin adiknya pula akan melangkah keluar dari rumah untuk menimba ilmu. Sesekali aku termenung juga.... satu hari nanti mereka semua akan pergi dan yang tinggal hanya
aku dan isteri sahaja. Ya .... itulah yang berlaku pada ibu, kakak dan abang aku dan pastinya masa aku akan tiba juga.
Sudah lebih 20 tahun aku mendirikan rumahtangga ini, bermula di kala usia masih lagi mentah. Kalau aku ceritakan yang aku berkahwin pada umur 21 tahun semua orang akan tersenyum sinis. Kalau aku ceritakan aku mempunyai 7 orang anak, semua orang membeliakkan mata. Apatah lagi kalau aku ceritakan yang isteri aku, lulusan sains komputer dari luar negara, tidak pernah bekerja makan gaji, tentunya mereka terkejut besar. Ramai juga yang bertanya.... kenapa ? Aku tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun kenapa. Hanya aku dan isteri sahaja yang tahu. Bukan senang untuk mendidik 7 orang anak-anak dalam dunia sekarang ini. Pelbagai cabaran datang dari pelbagai arah. TV, internet, kawan-kawan, masyarakat, artis, cerita Korea, kartun, dan entah apa-apa lagi. Sebab itu aku amat-amat menghargai pengorbanan isteri tercinta yang sanggup tinggal di rumah untuk menjaga, mendidik, mengajar, memberi pakai dan makan untuk anak-anak kami dengan tangannya sendiri. Tak pernah kami mengambil pembantu.... dan tak pernah pun dia merungut mahukan pembantu.
Ada juga orang bertanya tentang bagaimana kami mendidik anak-anak. Aku jawab, biasa jer. Tak ada apa-apa yang pelik. Cumanya, kami jaga anak kami sendiri. Kami tak suruh orang lain jaga. Kami bentuk anak-anak kami dengan acuan yang kami mahu, bukan dengan acuan orang lain. Ada juga yang tanya, nak besarkan 7 orang dengan seorang je kerja... cukup ke? Selalunya aku senyum saja, dan jawab... bukankan setiap anak yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya oleh Allah ? Apakah kita takutkan kepapaan dan kemiskinan dengan ramainya anak? Allah berikan kita kekuatan akal, fikiran, tenaga untuk kita berusaha...... dan aku bersyukur kepada Allah kerana sentiasa mencukupkan rezeki kami. Memang kami tidak hidup mewah. Tapi makan minum, pakaian kami cukup serta pendidikan anak-anak cukup. Aku sering memberitahu isteri aku yang harta yang kita ada hanyalah anak-anak ini. Maka jaga dan bentuklah anak-anak ini agar mereka menjadi harta yang paling berha
rga untuk kita bila pergi menemui Illahi.
rga untuk kita bila pergi menemui Illahi. Bagi aku dan isteri tidak ada apa yang lebih membahagiakan apabila melihat anak-anak tersenyum gembira meraikan kejayaan mereka dan aku sentiasa berdoa kepada Allah agar anak-anak ini menjadi insan bermanafaat kepada dunia sejagat....
Tahniah Abdul Rahman kerana mendapat 11A SPM 2007. Semoga kejayaan ini menambahkan keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah yang Maha Esa.


4 comments:
Ku korbankan 1 kerjaya untuk melahirkan 7 kerjaya yang hebat..dengan bantuanMU ILLAHI...amin
Assalamualikum w.b.t
Sekalung tahniah buat Encik Dasuki dan Puan Fauziah atas kejayaan Abdul Rahman merangkul 11A.
Syabas dan ribuan terima kasih kepada kalian kerana penat lelah dan jerih perih, bakti, idea dan wang ringgit yang ditaburkan selama menerajui kelab kelas Tingkatan 5, 2007, sehinggakan keputusan pada SPM 2007 merupakan yang terbaik setakat ini. Alhamdulillah...
Semoga sumbangan kalian akan berterusan dan pahala akan berpanjangan sebagai amal jariah.
Terima kasih sekali lagi....
Ustaz Idris Saleh
Hi there, I am a fellow blogger, blogging about things i love in malaysia, i came here via your flickr link and would like to ask your permission if i can use some of your beautiful pictures in my post. my blog is personal and non commercial and your asssistance is much appreciated. thank you, mary kate
Sdra Dasuki - Tahniah di atas kejayaan anak2. Alhamdulillah ada keberkatan di situ di atas segala pengorbanan. Sekilas pandang pada hari minggu lalu di Manjalara pada majlis Hj Shaharom, saya baru teringat mungkin itulah Sdra. Wajah yg pernah nampak mungkin zaman SMSKel dulu. Bila fikir2, ya Hj Shaharom juga kan orang kuat di Al-Amin & JIM. Beliau adalah MD & sudah 10 tahun saya di bawah naungannya di Pernec. Khabarnya persaraannya penghujung tahun ini. Mengimbas ceramah Ust Khairuddin Aman Razali di ofis kami semalam, ulasnya harta & anak2 adalah kemuncak nikmat dan akan disertai dgn ujian. Semuanya milik Allah dan gunalah pada tempat yg Allah suka. Dan doakan anak2 itu Kekal lagi Soleh dunia hingga akhirat. Semoga mendapat manafaat walau di mana anak2 atau kita berada, InsyaAllah.
Post a Comment